Monday, January 19, 2009

Tropica Green Travel & Tours

PENGENALAN
TROPICA GREEN TRAVEL & TOURS SDN BHD merupakan syarikat sendirian berhad milik sepenuhnya bumiputera yang telah diperbadankan dibawah Akta Syarikat 1965 pada 8 Febuari 1986. Bermula daripada detik tersebut TROPICA GREEN TRAVEL & TOURS SDN BHD giat beroperasi bagi mencapai matlamat penubuhannnya.

TROPICA GREEN TRAVEL & TOURS SDN. BHD adalah syarikat agensi pelancongan yang berwawasan tinggi untuk bergerak maju kehadapan disamping memberi saingan kepada agensi-agensi pengendalian pelancongan yang telah lama bertapak dalam industri ini.

Antara perkhidmatan yang di tawarkan oleh agensi pelancongan TROPICA GREEN TRAVEL &TOURS SDN. BHD adalah:

1. Pengendalian umrah dan ziarah
2. Pengendalian pelancongan dalam negeri dan luar negari
3. Perkhidmatan tempahan dan jualan tiket penerbangan
4. Perkhidmatan pelancongan kelas atasan (VIP) seperti tempahan kelab golf dan sebagainya
5. Perkhidmatan tempahan hotel dan chalet.
6. Perkhidmatan sewa kereta.

Pihak syarikat melihat segala perkhidmatan yang sedang dan akan dilaksanakan sebagi suatu tanggungjawab dan amanah yang mesti ditunaikan sesempurna mungkin kerana disinilah penilaian terhadap prestasi dan keungulan syarikat akan diukur. Sudah menjadi amalan dan keyakinan syarikat bahawa setiap amanah yang tertunai pasti mendapat rezeki yang berkat.

Disamping falsafah utama tersebut, pihak syarikat juga meletakkan keterampilan dan kualiti kerja berasaskan pengurusan yang dikendalikan secara sistematik, profesional, pantas, cekap dan tepat.

0 comments:

Post a Comment